Kata Aluan Presiden

SEKAPUR SIREH

PRESIDEN SKUAD 69 PDRM

DATO' HJ. ABDUL AZIZ BIN BAKAR

Bismillahirahmannirahim.

Sekalung tahniah kepada barisan Jawatankuasa Pusat Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM merupakan satu-satunya Persatuan Persara Polis yang telah diwujudkan sejak awal tahun 1999. Walaupun kami tidak lagi berkhidmat tetapi atas sikap setiakawan telah mewujudkan persatuan ini. Walaupun penggerakkan persatuan ini agak terhad tetapi sentiasa diingati terutama pada tarikh keramat iaitu 8hb June tiap-tiap tahun diadakan majlis perhimpunan tahunan. Perjumpaan tahunan yang bermula pada tahun 1999 diraikan sehingga ke hari ini.

Bagi memastikan keseimbangan persatuan, persetujuan telah diperolehi untuk mewujudkan koperasi dengan nama “Koperasi Skuad 69 Malaysia Bhd” yang ditubuhkan pada 7hb Ogos 2010. Koperasi Skuad 69 Malaysia Bhd turut memain peranan untuk membantu persatuan untuk mendapat punca kewangan dengan terlibat dalam perniagaan.

Dari aspek khidmat bakti kepada masyarakat persatuan ini turut menubuhkan Briged Sukarelawan Skuad 69 PDRM yang berfungsi untuk memberi bantuan semasa berlaku bencana alam serta membuat kawalan orang ramai bersama PDRM.

Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan  ahli jawatankuasa penerbitan kerana telah berjaya menyediakan artikal-artikal bermutu untuk menerbit  BULETIN SUARA 69 PPH  edisi ke 9.

Akhir kata, Perkuatkanlah SAF perpaduan supaya kita dapat membangunkan semangat perjuangan dalam mempertahankan martabat agama, bangsa dan tanah air.

Sekian, terima kasih.

“SKUAD 69 TETAP UNGGUL”