Latar Belakang

PERSATUAN KEBAJIKAN BEKAS ANGGOTA SKUAD 69 POLIS DIRAJA MALAYSIA

LATAR BELAKANG

Skuad 69 PDRM merupakan sebahagian dari entiti kekuatan didalam PDRM dimana pada tahun 1969 sahaja seramai lebih kurang 5,000 orang telah diambil/diterima masuk (Rekrut) untuk menyertai latihan asas Kepolisian sebelum mereka diserapkan sebagai seorang “Mata-Mata” didalam Pasukan Polis DiRaja Malay 
rcetusnya peristiwa 13 Mei serta keganasan Pengganas Komunis pada tahun 1969, pada 8hb. Jun 1969 merupakan permulaan Skuad 69 PDRM.  Pusat Latihan Polis atau Polis Depoh di Jalan Gurney, Kuala Lumpur (PULAPOL Kuala Lumpur) dan Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta (SLPPH) adalah (2) Pusat Latihan Asas Kepolisian bagi Pelatih-Pelatih (Rekrut) dari seluruh Semenanjung Malaysia.  Pada masa itu Rekrut kesemua dilatih dalam bidang Undang-Undang, Displin, Kawad serta Latihan Senjata Api untuk menjadi seorang Mata-Mata.

Setelah tamat menjalani asas Kepolisian, kesemua Rekrut dihantar ke Sekolah Latihan PPH Ulu Kinta, Perak menjalani latihan asas Para Military seperti peperangan di Hutan (Jungle Warfare), Kemahiran Ikhtiar Hidup, Teknik Mengesan (Jungle Tracking), Kemahiran Berbagai Senjata Api dan Letupan.

Pada hujung Oktober 1969 kesemua Rekrut-Rekrut tamat latihan dan diserapkan ke Batalion-Batalion Pasukan Polis Hutan diseluruh Negara.  Bagi anggota-anggota Skuad 69 ditempat/ditugaskan seperti diarahkan ke Batalion-Batalion PPH (PGA kini) yang baru ditubuhkan bermula dengan Batalion 1,2,3 dan 4 – Briged Utara, Batalion 5,6 dan 7 – Briged Tengah, Batalion 8,9,10,11 dan 12 Briged Tenggara.

Skuad 69 sangat istimewa kerana setiap anggota dihari tamat latihan terus ditempatkan ke Batalion yang diarahkan dan terdapat sebahagian darinya terus dihantar ke Selatan Thailand, sempadan Thailand, hutan-hutan di Negeri Perak, Kelantan, Selangor, Kedah dan lain-lain negeri dimana Batalion masing-masing berada atau bertugas pada masa itu dan sebahagian darinya ditugaskan menjaga/mengawal keselamatan rakyat di Kuala Lumpur, Selangor dan lain-lain ekoran peristiwa 13 Mei.

Pada masa itu Skuad 69 hanya dapat berita mengatakan sebilangan Anggota PPH masa itu terkorban diserang hendap Pengganas Komunis dan tidak kurang pula yang mengalami kecacatan kekal anggota badan terkena peluru serta Jerangkap Samar musuh Negara.  Pengorbanan serta keberanian Anggota PPH khasnya Skuad 69 telah memperkasakan lagi kekuatan pertahanan Negara.  PPH khasnya Skuad 69 yang beruniform hijau pada masa itu turut terlibat menjalankan Operasi Pengganas PARAKU di Sarawak (RASCOM), Operasi Lanun di Perairan Sabah, tugas-tugas Pilihan Raya Umum Negara, membantu tugas pencegahan jenayah di bandar-bandar serta mengawal demonstrasi penuntut Universiti dan orang ramai.

Semangat setia Kawan (Esprit DeCorp) dikalangan Anggota-Anggota Skuad 69 adalah tali pengikat semangat dan menjadi pemangkin kepada Skuad 69.  Disebabkan perasaan dan komitmen persaudaraan itu pada tahun 1999 beberapa Anggota Skuad 69 mula mengadakan perjumpaan dan didapati ramai Anggota-Anggota yang hadir.  Sejak tahun 1999 Skuad 69 telah mengadakan himpunan sebanyak (10) kali.  Tiap kali himpunan diadakan ramai Anggota menyuarakan agar ditubuhkan Persatuan maka ditubuhkan AJK Penganjur untuk menubuhkan Persatuan.

Pada 05/06/2007 Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pendaftaran Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 PDRM Malaysia dan dikeluarkan Sijil Pendaftaran No. 1099-07-WKL.  Tujuan dan objektif Persatuan Skuad 69 ini adalah seperti berikut :

1. Berusaha untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara sesama Ahli berasaskan kepada semangat kerjasama dan permuafakatan serta menjaga kebajikan Ahli seluruh Negara.

2. Merancang kegiatan yang berteraskan kepada aspek kebajikan dengan memberi pembelaan sewajarnya terhadap Ahli dan Keluarga Ahli yang memerlukan bantuan terutama dikalangan Ahli yang menghadapi kecacatan anggota dan kurang upaya serta yang terkorban ketika menjalankan tugas dalam perkhidmatan Kepolisian.

3. Menjalankan gerak kerja komuniti dalam bidang kebajikan, ekonomi, kebudayaan, kesukanan dan pendidikan disamping mengerakkan aktiviti peningkatan motivasi dan juga pengukuhan Agama sejajar dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah Negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

4. Memberi kerjasama dengan Kerajaan dan lain-lain Pertubuhan yang dibenarkan disisi undang-undang Negara terutama dalam membanteras jenayah seterusnya membendung masyarkat dari segala ancaman yang merosakkan akhlak dan juga mencabuli ketenteraman Negara.

Semua mereka yang mula-mula berkhidmat pada tahun 1969 layak menjadi Ahli.  Manakala isteri-isteri dan balu-balu boleh memohon untuk menjadi Ahli Bersekutu.  Pada awal penubuhan Persatuan ini mempunyai seramai  200 Ahli.  Jumlah ini telah meningkat dari tahun ke tahun.  Jumlah ahli sekarang ialah 5000 orang.