Tujuan dan Objektif

ASAS DAN TUJUAN

Persatuan ini adalah sebuah pertubuhan yang progresif, berjuang menurut lunas Undang-Undang Negara dan prinsip demokrasi yang diamalkan bagi tujuan menghasilkan cita-cita dan aspirasi Ahli, Rakyat, dan Negara.

OBJEKTIF UTAMA

Memastikan dan menyatupadukan semua bekas anggota Polis di bawah satu Persatuan yang aktif.

Badan induk bagi pesara Polis mendapatkan khidmat bantuan terutama bagi kemudahan kebajikan dan rawatan.

Menyokong Kerajaan dalam segala dasar Pentadbiran dan Kegiatan berlandaskan Undang Undang bagi kestabilan dan kemakmuran Negara.

Mengekalkan perhubungan serta membantu pihak PDRM dalam usaha pencegahan jenayah.