
Sumbangan Kebajikan untuk Encik Hashim
Hari ini 1/10/2025, Haji Abd Malek bin Wok, AJK Skuad 69 daripada negeri Pahang telah membuat lawatan Kebajikan Persatuan ke atas saudara kita Encik Hashim bin Man yang baru sahaja keluar daripada wad Hospital Pekan Pahang.
Dalam masa yang sama, Tuan Haji Abdul Malek bin Wok telah menyampaikan Sumbangan Kebajikan Persatuan kepada Encik Hashim bin Man.
Alhamdulillah… Keadaan kesihatan Encik Hashim bertambah sihat dan beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas Lawatan Kebajikan Persatuan serta Sumbangan yang disampaikan kepadanya.